Kejohanan Balapan Dan Padang Sekolah Kebangsaan Tunku Kurshiah kali ke-39

26.04.15, AHAD – Kejohanan Balapan Dan Padang SK Tunku Kurshiah kali ke-39 telah diadakan di Stadium Mini SSNS SMK Za'ba dengan jayanya pada hari ini. Pelbagai acara olahraga telah dipertandingkan dalam kejohanan kali ini termasuklah pertandingan perbarisan dan penglibatan Pra Sekolah.

Ybhg Hj. Adnan bin Hj Abu Hassan, Pengerusi Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah merasmikan kejohanan pada kali ini.

Olahragawan sekolah telah dimenangi oleh Lutfi Hadi bin Abdul Muez, manakala olahragawati telah dimenangi oleh Izz Zayantie binti Anuar.

Kejohanan kali ini telah menyaksikan rumah sukan Tunku Kurshiah sekali lagi mengungguli tempat pertama secara keseluruhannya seperti tahun lalu.

Antara acara Pra Sekolah
Hadiah bagi setiap acara
Pelajar mendapatkan rawatan awal
Penerima Olahragawan Sekolah
Kebangsaan Tunku Kurshiah 2015
Penglibatan pelajar, PIBG
dan staf sokongan